Alaska digegar gempa, infrastruktur rosak - Utusan Malaysia

Alaska digegar gempa, infrastruktur rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANCHORAGE 1 Dis. – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Ritcher menggegarkan Alaska, semalam mengakibatkan ratusan ribu penduduk melarikan diri ke jalan raya dan merosakkan bangunan di bandar terbesar Alaska itu.

Gegaran itu turut mencetuskan amaran tsunami di sekitar kawasan pesisir pantai daerah tersebut dan beberapa orang penduduk cedera akibat serpihan kaca dan objek jatuh.

Namun tiada kematian dilaporkan berlaku akibat gempa yang berlaku kira-kira pukul 8.29 pagi waktu tempatan dan berpusat 13 kilometer utara Anchorage, pada kedalaman 40.9 kilometer.

Menurut polis Anchorage, kawasan didiami kira-kira 300,000 penduduk itu, gempa terbabit mengakibatkan kerosakan besar infrastruktur.

“Kebanyakan jalan dan jambatan ditutup, elakkan memandu jika tidak perlu,” kata polis.

Kira-kira 40 gegaran susulan dilaporkan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), dengan tiga daripadanya berukuran lebih 5.0 magnitud.

“Gegaran susulan terlalu kuat dan menimbulkan panik, tetapi itu adalah satu situasi yang dijangka berlaku apabila berlaku gempa seperti ini,” kata USGS.

Amaran tsunami yang pada awalnya diaktifkan di beberapa kawasan termasuk di Semenanjung Kenai telah dibatalkan.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN