SKUAD Harimau Malaya mempamerkan aksi luar biasa apabila bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk mengikat Vietnam dengan keputusan 2-2 pada aksi final pertama Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. Pada aksi tersebut, kedua-dua pasukan mempamerkan corak perlawanan berhati-hati pada awal saingan apabila sekadar melakukan beberapa percubaan lemah yang tersasar dan mudah diselamatkan penjaga gol. Namun, kelekaan seketika benteng pertahanan…










