Akibat takut, wanita rugi RM7,300 diperdaya 'scammer' - Utusan Malaysia

Akibat takut, wanita rugi RM7,300 diperdaya ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 3 Dis. – Akibat diselubungi perasaan takut, seorang anggota tentera di sini kerugian
RM7,300 selepas terperdaya dengan panggilan Macau Scam.

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supe­rintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian berlaku Khamis lalu apabila mangsa wanita berusia 35 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Mahkamah Majistret Melaka.

Katanya, lelaki berkenaan memaklumkan mangsa terlibat dengan satu kes tunggakan Kad Kredit Hong Leong Bank dan penggubahan wang haram sebelum disambungkan kepada pelbagai pihak.

“Disebabkan perasaan takut, mangsa mengikut sahaja arahannya sehingga  membuat pindahan wang ke dalam akaun yang diberikan sebanyak RM7,300.

“Mangsa dimaklumkan wang itu perlu dialihkan ke tempat yang selamat dan akan dipulangkan semula kepadanya dalam tempoh 24 jam,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, bagaimanapun suspek tidak memperoleh kembali wangnya itu selepas tempoh 24 jam dan membuat laporan polis mengenainya semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN