KANGAR 22 Dis. – Impian Perlis untuk mendapatkan khidmat bintang muda Kedah, Akhyar Rashid nampaknya semakin menjadi kenyataan apabila penyerang sensasi kebangsaan itu juga dikatakan berminat menyarung jersi skuad Singa Utara musim depan. Perkara itu diakui sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie yang mengadakan pertemuan dan rundingan dengan Akhyar di Kedah, semalam. Katanya, pertemuan tersebut berlangsung positif dan pemain berusia 19 tahun…










