AVALON 5 Dis. – AirAsia X Bhd. mengunjurkan peningkatan kapasiti penumpang bagi laluan baharu Kuala Lumpur-Melbourne Avalon sebanyak 85 peratus pada 2019 berbanding 80 peratus yang direkodkan bagi Kuala Lumpur-Melbourne Tullamarine sebelum ini. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata, pihaknya optimis untuk mencatatkan seramai 500,000 pelawat antarabangsa yang akan dibawa oleh syarikat penerbangan tersebut pada tahun depan ke daerah itu. Katanya, pemindahan AirAsia X ke Lapangan Terbang…










