Air sungai naik mendadak, pelajar dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Air sungai naik mendadak, pelajar dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 9 Dis. – Seoranģ pelajar lembam berusia 13 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan air deras ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian di Sungai Besut di Kampung Gong Duek di sini petang ini.

Mohd. Syarif Zulkifli, anak kedua daripada lima beradik dan merupakan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sebelum itu sedang memancing di atas batu di tengah sungai bersama adiknya, Mohd. Safwan, 9, kira-kira pukul 2 petang.

Difahamkan, air sungai dikatakan naik mendadak berikutan pintu Empangan Jajar dilepaskan menyebabkan batu tempat mereka dua beradik memancing ditenggelami air.

Mangsa dan adiknya dikatakan terjun untuk berenang ke tebing sungai bagi menyelamatkan diri namun berakhir dengan tragedi apabila mangsa dikhuatiri lemas manakala adiknya itu sempat
naik ke tebing.

“Mohd. Syarif yang ketika itu lemas cuba dibantu oleh adiknya dengan menghulurkan buluh tetapi gagal dicapai oleh mangsa,” kata bapa mangsa, Zulkifli Mat Ripin, 40, ketika ditemui di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh, Mohd. Zamri Omar berkata, tiga penyelam dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) balai itu dan tiga penyelam daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut turut membantu gerakan mencari
mangsa.

Setakat pukul 7.30 petang ini, gerakan mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan. –
UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN