KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap satu lagi pertuduhan tambahan pecah amanah membabitkan dana Yayasan Akalbudi sebanyak RM10 juta pada 8 Disember lalu. Ahmad Zahid, 65, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan tambahan itu dibacakan di hadapan Hakim Rozana Ayob. Mengikut pertuduhan tersebut, Presiden UMNO itu didakwa melakukan pecah amanah sebanyak RM10 juta milik Yayasan…










