Ahmad Zahid lakukan perkara yang betul - Khairy - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid lakukan perkara yang betul – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melakukan perkara yang betul apabila menyerahkan tugas-tugas sebagai Presiden UMNO kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin Abu Bakar mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Zahid atas tindakannya itu.

“Telah melakukan perkara yang betul, terima kasih @Zahid_Hamidi,” kata Khairy melalui twitternya malam ini.

Ahmad Zahid malam ini membuat pengumuman bahawa beliau akan menyerahkan tugas-tugas presiden kepada Mohamad bagi menyelamatkan parti daripada terus berpecah dan demi penyatuan ahli-ahlinya.

Langkah tersebut kata Ahmad Zahid, penting dalam memastikan UMNO bangkit terutama ketika ramai ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerima pelbagai tekanan agar meninggalkan parti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×