Ahli Parlimen perlu isytihar harta walaupun tiada aset - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen perlu isytihar harta walaupun tiada aset

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA- Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan mana-mana Ahli Parlimen kerajaan yang belum mengisytiharkan harta untuk segera berbuat demikian meskipun tidak mempunyai sebarang harta.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun, situasi yang melanda UMNO Sabah itu dilihat memberi petanda baik kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Kesemua ahli Parlimen terlibat tidak mahu dikaitkan lagi dengan UMNO dan terpulang kepada mereka untuk menyertai mana-mana parti selepas ini.

“Itu keputusan mereka dan mungkin mereka melihat bahawa UMNO sudah tidak boleh bertahan lagi kerana ditolak oleh rakyat,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Bersatu di Yayasan Selangor di sini tadi.

Muhyiddin berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita bahawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor dijangka mengumumkan pembubaran parti itu esok.

Empat wakil rakyat didakwa bakal meninggalkan parti termasuklah Ahli Parlimen Kudat, Abd. Rahim Bakri; Ahli Parlimen Beaufort, Azizah Mohd Dun; Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Edris dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN