Ahli Parlimen Jelebu dan Jempol nafi keluar UMNO - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Jelebu dan Jempol nafi keluar UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Dua ahli Parlimen dari Negeri Sembilan menafikan akan meninggalkan UMNO dalam masa terdekat seperti mana yang tular di media sosial.

Kedua-dua mereka, ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias dan ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif sebaliknya, berpendirian untuk kekal berjuang bersama parti yang diwakili mereka.

“Tidak benar dakwaan itu. Saya masih lagi dengan UMNO. Ada pihak yang  tidak senang dengan perpaduan UMNO dan hampir berjaya untuk meruntuhkannya.

“Saya harap ahli Parlimen dan pemimpin UMNO yang berbaki ini terus istiqomah,” kata Jalaluddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Jelebu menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Salim yang juga Ketua UMNO Bahagian Jempol ketika dihubungi pula berkata, terpulang kepada pihak tertentu untuk membuat andaian kononnya beliau akan keluar daripada UMNO. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×