SHAH ALAM – Pengagihan zakat di Selangor hanya kepada umat Islam dan bukannya masyarakat agama lain. Ketua Pegawai Penyelaras Lembaga Zakat Selangor (LZS), Abdul Basith Hamid berkata, skop pengagihan zakat di Selangor yang diuruskan oleh LZS adalah berdasarkan kepada hukum syarak. Katanya, ia meliputi lapan kategori asnaf seperti yang dijelaskan dalam surah at-Taubah ayat 60. “Kita ingin menegaskan bahawa agihan zakat di Selangor hanya kepada umat Islam dan menafikan ia…










