KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berpendapat mantan presiden persatuan itu berhak diberikan penghargaan di atas kejayaan skuad negara melangkah ke perlawanan akhir Piala Kejohanan Bola sepak Piala AFF Suzuki 2018. Menurut beliau, di sebalik kegembiraan meraikan kejayaan skuad Harimau Malaya melangkah ke final selepas menyingkirkan juara bertahan, Thailand di Bangkok malam tadi, individu penting seperti Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim…










