HANOI – Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyedari barisan anak buahnya perlu mencatat kemenangan ke atas Vietnam pada aksi final kedua seandainya mahu menjulang Piala AFF Suzuki 2018, yang akan berlangsung esok di Stadium My Dinh, di sini. Atau setidaknya, pasukan kebangsaan perlu mengikat pasukan Naga Emas itu 2-2 bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan. Pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lepas, Vietnam berjaya…