ADUN Sukau umum sertai Warisan - Utusan Malaysia

ADUN Sukau umum sertai Warisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN 10 Dis. – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman hari ini mengumumkan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau sebelum ini menjadi ADUN Bebas selepas keluar dari UMNO pada 1 Ogos lepas.

Pada sidang media di sini, Saddi berkata borang keahlian penyertaannya dalam Warisan akan beliau serahkan kepada Presiden Warisan yang juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam masa terdekat.

Saddi Abdul Rahman
Saddi Abdul Rahman 

Katanya beliau sebelum ini telah berjumpa dengan Mohd Shafie menyatakan keputusan menyertai Warisan dan dia berlapang dada menerima kemasukan saya menyertai Warisan.

“Tiada syarat untuk saya menyertai Warisan dan saya hanya mahu fokus kepada pembangunan kawasan DUN Sukau dan kebajikan rakyat.

“Ini kerana jika terus menjadi ADUN Bebas, saya tidak dapat menunaikan harapan rakyat yang diberikan pada Pilihan Raya Umum yang lepas,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN