ADUN Guar Chempedak mohon sertai Bersatu - Utusan Malaysia

ADUN Guar Chempedak mohon sertai Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan menerima permohonan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak. Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail untuk menyertai parti itu baru-baru ini.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Presiden Parti, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang memberitahu bahawa borang permohonan bekas ADUN daripada UMNO itu diterima pihaknya minggu lepas.

“Ya, kita (Bersatu) telah menerima permohonan beliau untuk menjadi ahli, sebenarnya perbincangan itu sudah lama tapi borang itu telah diisi dan diserahkan minggu lepas,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan pada program Kembali ke Sekolah Peringkat Negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.

Sekiranya permohonan Ku Abdul Rahman diterima, kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan mempunyai majoriti mudah  dengan 19 daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Pada 12 November lalu, Ku Abdul Rahman mengumumkan keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas menyokong kerajaan PH. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN