KUALA LUMPUR 5 Dis. – Penyerang Thailand, Adisak Kraisorn memberitahu dia sudah mengenal pasti kelemahan pertahanan Malaysia dan yakin skuad Gajah Perang mampu mengatasi Harimau Malaya dalam pertembungan separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam ini. Juara bertahan dua kali berturut-turut itu mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu. “Separuh akhir kedua akan berlainan. Kami akan beraksi di laman…










