KAMPAR – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mengaku mengadakan hubungan sumbang mahram dengan kakaknya sehingga melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas rumah mereka di Taman Diawan malam tadi. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, perbuatan sumbang mahram tersebut terbongkar apabila kakak yang berusia 15 tahun yang baru bersalin itu dibawa ke Hospital Kampar untuk mendapatkan rawatan pada pukul 10 malam semalam. “Sebelum…