Adik pukul abang sampai mati - Utusan Malaysia

Adik pukul abang sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM 8 Dis. – Perkelahian dua beradik mengenai pembelian minyak enjin bot berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut akibat dipukul dengan besi pencangkuk.

Ng Bu Tong
Ng Bu Tong 

Dalam kejadian di sebuah jeti di Bagan Sungai Besar, kira-kira pukul 4.15 petang semalam, mangsa, Ng Bu Tong, 61, dipukul adiknya yang berusia 52 tahun menyebabkan dia parah dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintenden Nor Azmi Isa berkata, siasatan awal mendapati suspek memukul mangsa pada bahagian bahu menggunakan besi pencangkuk yang berada di lokasi kejadian.

“Pukulan itu mengakibatkan mangsa parah dan meninggal di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam ketika mendapatkan rawatan lanjut,”katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jelasnya, suspek kemudiannya menyerah diri kepada pihak polis pada pukul 8.50 malam dan semakan mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN