SABAK BERNAM 8 Dis. – Perkelahian dua beradik mengenai pembelian minyak enjin bot berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut akibat dipukul dengan besi pencangkuk. Ng Bu Tong Dalam kejadian di sebuah jeti di Bagan Sungai Besar, kira-kira pukul 4.15 petang semalam, mangsa, Ng Bu Tong, 61, dipukul adiknya yang berusia 52 tahun menyebabkan dia parah dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintenden Nor Azmi Isa berkata, siasatan awal mendapati suspek memukul mangsa pada bahagian bahu menggunakan besi pencangkuk yang berada di lokasi kejadian.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya