SABAK BERNAM – Seorang lelaki sanggup membunuh abang kandungnya sendiri menggunakan besi pencangkuk hanya disebabkan perselisihan faham tentang pembelian minyak bot dalam kejadian di sebuah jeti di Jalan 5 Bagan, Sungai Besar di sini petang semalam. Dalam kejadian pukul 4.15 petang itu, Ng Bu Tong, 61, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah di sini akibat parah di bahagian bahu kanan. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden…










