Adib tunjuk perkembangan positif - Utusan Malaysia

Adib tunjuk perkembangan positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Anggota bomba yang cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang diletakkan dalam keadaan koma secara perubatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, telah sedar dan menunjukkan perkembangan positif pagi semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Mohd. Azhari Yakub berkata, keadaan anggota bomba berusia 24 tahun itu semakin baik dan mampu memberi tindak balas terhadap sesetengah arahan lisan oleh pakar perubatan.

“Kami merumuskan keadaan Muhammad Adib sebagai kritikal namun stabil. Kami selaku petugas perubatan berasa gembira dengan perkembangannya dalam tempoh 24 dan 48 jam lalu.

“Pagi ini (semalam) dia terjaga dan faham akan sesete­ngah arahan serta boleh menggerakkan bibirnya. Ini petanda positif yang menyatakan fungsi otaknya berkemungkinan okey,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×