‘Ada yang gelar ‘pakatan hancing’ - Utusan Malaysia

‘Ada yang gelar ‘pakatan hancing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 24 Dis. – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kangar menggesa kerajaan Pakatan Harapan memberi fokus menunaikan janji dalam manisfesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana rakyat kini sudah mula bangkit menuntut janji-janji tersebut.

ABDUL ASYMAWI SYAZWI ABDUL HALIM
ABDUL ASYMAWI SYAZWI ABDUL HALIM 

Naib Ketuanya, Abdul Asymawi Syazwi Abdul Halim berkata, sudah tiba masanya Pakatan Hadapan menunaikan janji manisfesto dan bukannya terus memainkan isu seperti siapa Perdana Menteri kelapan.


Katanya, fokus perlu diberikan kepada usaha-usaha untuk memulihkan ekonomi, kos sara hidup yang tinggi dan kejatuhan nilai mata wang yang dilihat semakin membimbangkan.


“Banyak respon buruk yang kita lihat khususnya di dalam media sosial mengenai Pakatan Harapan. Malah ada yang gelarkan kita ‘pakatan hancing’.


“Situasi ini perlu ditangani dengan segara kerana rakyat telah memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan dan ingin melihat kerajaan yang lebih baik pada dahulu,” katanya kepada Utusan Online di sini, hari ini.


Dalam pada itu, beliau juga berharap wakil rakyat memainkan peranan dengan berkesan dalam membantu penduduk di kawasan masing-masing serta bukannya sibuk melompat parti.


“Amalan lompat parti ini dilihat tidak baik dan kalau boleh janganlah kita terima mereka yang lompat ini menyertai Pakatan Harapan.


“Rakyat memberi kepercayaan kepada kita untuk melihat Barisan Nasional (BN) jatuh dan jangan khianati amanah rakyat itu dengan menerima pemimpin terbabit,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN