Ada pihak cuba renggangkan hubungan baik saya dan Mahathir - Anwar - Utusan Malaysia

Ada pihak cuba renggangkan hubungan baik saya dan Mahathir – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, wujud cubaan sesetengah pihak untuk menimbulkan syak wasangka serta mengadu domba antara beliau dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad susulan tindakan keluar parti beberapa ahli Parlimen UMNO, baru-baru ini. 

Presiden PKR itu mendakwa, tindakan itu berniat untuk merenggangkan hubungannya dengan Dr. Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Saya ambil maklum wujudnya andaian dan tanggapan yang telah ditimbulkan pelbagai pihak berkait ahli-ahli Parlimen UMNO yang meninggalkan parti tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp hari ini.

Beliau turut menyatakan sokongannya terhadap usaha dan kepimpinan Mahathir serta akan terus bekerjasama dengan beliau untuk menzahirkan agenda reformasi seperti yang telah dipersetujui.

“Pakatan Harapan telah diberi mandat untuk menjana perubahan ke arah tatakelola pemerintahan yang menolak rasuah, keangkuhan dan perkauman sempit,” kata beliau.

Anwar juga berkata, tumpuan kini juga adalah untuk memacu pertumbuhan dan meringankan beban rakyat terutama dalam kalangan golongan berpendapatan rendah. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN