KUALA LUMPUR 12 Dis. – Akademi Binaan Malaysia (ABM) berjaya merangkul enam pengiktirafan dalam pertandingan kemahiran WorldSkills Asia (WSA) di Pusat Pameran Abu Dhabi pada 30 November lalu. Kejayaan itu sekali gus melayakkan pasukan tersebut bertanding ke peringkat antarabangsa dalam pertandingan WorldSkills Competition (WSC) di Kazan, Rusia tahun depan. Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Ir. Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, daripada enam pengiktirafan yang diterima ABM,…










