Abdul Fattah dipilih semula Presiden ACO - Utusan Malaysia

Abdul Fattah dipilih semula Presiden ACO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah dipilih semula sebagai Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) bagi tempoh 2018 hingga 2022.

Menurut kenyataan Angkasa, pemilihan itu dilakukan oleh sembilan perwakilan daripada negara-negara anggota yang membuat pemilihan pada Persidangan dan Mesyuarat Tahunan ACO yang berlangsung di sini hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, Singapura yang diwakili Dolly Goh dan Indonesia, Insanial Burhanzah telah dipilih sebagai naib-naib presidennya bagi tempoh yang sama.

Sementara itu, Abdul Fattah pula berkata, Malaysia akan terus meningkatkan usaha menjalin kerjasama perdagangan dua hala bagi memasarkan produk dan perkhidmatan koperasi dalam kalangan negara-negara ASEAN untuk dipasarkan secara serantau.

“Sejak Angkasa menerajui ACO, sudah banyak pencapaian dalam bidang perdagangan dan hubungan dalam kalangan koperasi serantau juga terus dipererat melalui pelbagai program.

“Dengan mandat baru yang diberikan oleh delegasi negara-negara anggota, Angkasa akan terus menerajui jalinan kerjasama bagi mewujudkan rangkaian pemasaran dan membawa perdagangan koperasi ke peringkat global,” kata Abdul Fattah dalam kenyataan itu.

Abdul Fattah menambah, pemilihan semula ini merupakan penghormatan dan kepercayaan kepada kepimpinan yang dibawa oleh Angkasa terhadap gerakan koperasi di Malaysia serta negara–negara ASEAN. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN