PARIT 27 Dis. – Komitmen polis Daerah Perak Tengah dalam memerangi kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang menjadi antara fokus utamanya berhasil apabla berjaya memberkas 857 pesalah dadah sepanjang tahun ini. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua tangkapan tersebut berjaya menghasilkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM165,023.05. Katanya, daripada jumlah itu, seramai 23 orang disiasat atas kesalahan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya…









