KOTA TINGGI – Seramai 605 penduduk daripada 171 keluarga dari Taman Aman dan Taman Mawai di sini dipindahkan berikutan rumah didiami mereka dinaiki air selepas hujan lebat sejak petang semalam. Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi, hujan lebat melanda daerah ini sejak pukul 4 petang itu menyebabkan air sungai Kota Tinggi melimpah dan kediaman penduduk ditenggelami air sedalam 0.5 meter. “Berikutan kejadian banjir ini pihak kita membuka satu…










