6 warga Israel ditangkap, operasi pelancongan seks - Utusan Malaysia

6 warga Israel ditangkap, operasi pelancongan seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA 10 Dis. – Polis Columbia menangkap enam warga Israel dan dua warga tempatan atas dakwaan menjalankan operasi pelancongan seks yang mengeksplotasi gadis bawah umur.

Menurut Ketua Pendakwa Raya, Nestor Humberto Martinez, tangkapan tersebut dibuat hasil siasatan selama dua tahun terhadap pengeksploitasian wanita sebagai hamba seks di negara ini.

“Mafia ini menjual pakej pelancongan kepada warga Israel ke beberapa bandar di sini sebagai samaran kepada perkhidmatan seks dengan gadis bawah umur.

“Antara mereka yang ditangkap termasuk dipercayai ketua kumpulan itu, Mor Zohar dan seorang pegawai polis Columbia yang membantu melindungi mereka,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kesemua warga Israel yang ditangkap juga mempunyai notis merah Interpol dan rangkaian kegiatan itu didakwa didalangi warga Israel, Benyamin Mush.

Tambahnya, pihak berkuasa berjaya merampas aset dimiliki suspek-suspek bernilai AS$45 juta dolar (RM187.5 juta).

Sementara itu, menurut keterangan mangsa-mangsa, bagi gadis bawah umur akan menerima bayaran sebanyak AS$65 (RM270) hingga AS$126 (RM525). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN