JOHOR BAHRU 30 Dis. – Enam nelayan tempatan diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Tanjung Sedili selepas bot dinaiki mereka mengalami kerosakan di kedudukan 8.8 kilometer timur Tanjung Sedili Kecil di Kota Tinggi semalam. Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Mohd. Zulfadli Nayan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai sebuah bot nelayan tempatan mengalami kebocoran dan hampir karam di lokasi tidak dikenal pasti di perairan Sedili Kecil…










