50 peratus anjing telah disuntik vaksin - Utusan Malaysia

50 peratus anjing telah disuntik vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Kira-kira 50 peratus daripada 200,000 populasi anjing telah diberi suntikan vaksin anti rabies atau anjing gila dalam usaha membendung penularan wabak itu di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, pihaknya mensasarkan untuk memberi vaksin kepada 70 peratus populasi anjing sebagai langkah supaya negeri ini diisytihar bebas rabies.

“Kita telah vaksinkan hampir 50 peratus daripada 200,000 populasi anjing. Sasaran kami bagi membebaskan kawasan ini dengan memberikan vaksin kepada sekurangnya 70 peratus daripada populasi anjing.

“Kita telah gerakkan kakitangan kami dan mereka ini sedang berada di lapangan untuk menjalankan proses pemberian vaksin. Saya juga menyeru kepada pemilik anjing yang belum mendapatkan vaksin supaya tampil mendapatkan suntikan untuk haiwan peliharaan mereka itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah hari ini mengisytiharkan Salcra Roban South, Saratok sebagai kawasan baharu wabak rabies. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN