5 ADUN UMNO akan dipanggil - Utusan Malaysia

5 ADUN UMNO akan dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 9 DIs. – Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin akan memanggil semula lima Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) UMNO bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan wujudnya gerakan menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Zainul Darus berkata, pihaknya juga mungkin akan memanggil Ahmad Faizal untuk memberi ke­terangan sekiranya diperlukan bagi membantu siasatan.

“Setakat ini tiada individu baharu yang dipanggil selepas keterangan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad serta lima ADUN parti tersebut diambil.

ZAINUL DARUS
ZAINUL DARUS 

“Kami akan meneliti dahulu keterangan-keterangan yang ada dan jika perlu, kita akan memang­gil Menteri Besar. Lima ADUN UMNO juga akan turut dipanggil semula sekiranya perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Tinjauan Mesra Perdana sempena Hari Antirasuah Antarabangsa 2018 peringkat negeri di Ibu pejabat SPRM negeri di sini hari ini.

Khamis lalu, Saarani dan lima ADUN UMNO hadir ke pejabat SRPM Perak di Meru Raya bagi memberi kete­rangan berhubung dakwaan wujud gerakan menjatuhkan Menteri Besar.

ADUN yang dipanggil ialah ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya; Datuk Sham Mat Sahat (Alor Pongsu); Khairul Shahril Mohamed (Bota); Mas­lim Sham Razman (Bukit Chandan) dan Dr. Jurij Jalaluddin (Lubuk Merbau).

Tambah Zainul, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya akan menyelesaikan kes tersebut secepat mungkin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN