350 penduduk dan pelajar IPT tanam 800 anak pokok bakau - Utusan Malaysia

350 penduduk dan pelajar IPT tanam 800 anak pokok bakau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KESEDARAN. Seramai 350 penduduk dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyertai aktiviti menanam anak pokok bakau sempena Program Pantai Indah di ban Sungai Air Tawar, Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini.

Sempena program anjuran Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Hal Ehwal Pengguna, Sains Teknologi dan Inovasi negeri itu, sebanyak 800 benih pokok bakau daripada spesies bakau kurap dan bakau minyak berjaya ditanam.

Pegawai Daerah Sabak Bernam, Nasir Mamat berkata, program itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan melindungi pantai dan sungai serta mengukuhkan zon penampan hakisan secara semulajadi dengan tanaman pokok seperti bakau. 


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN