300 murid Lembah Pantai terima bantuan persekolahan - Utusan Malaysia

300 murid Lembah Pantai terima bantuan persekolahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Sebanyak 300 murid daripada golongan kurang berkemampuan di kawasan Lembah Pantai di sini menerima sumbangan peralatan persekolahan daripada Yayasan Generasi Malaysia dan Pertubuhan Anak Kerinchi Lembah Pantai.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, bantuan berupa pakaian sekolah bernilai RM54,000 itu bertujuan meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu-bapa pelajar menjelang penggal persekolahan baharu pada tahun depan.

“Diharapkan bantuan ini akan menggembirakan ahli keluarga penerima dan menaikkan semangat para pelajar untuk memulakan langkah ke alam persekolahan,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Karnival Kembali ke Sekolah di Kerinchi di sini hari ini.

Karnival selama tiga hari yang bermula Jumaat lalu itu antara lain mengetengahkan aktiviti jualan berupa pakaian dan peralatan persekolahan daripada Balqis Textiles dengan menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN