30 Orang Asli Batek alami penyakit kulit bersisik - Utusan Malaysia

30 Orang Asli Batek alami penyakit kulit bersisik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Seramai 30 daripada 150 penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh di sini mengalami penyakit misteri apabila mereka meningkat usia remaja.

Penyakit misteri itu menyebabkan mereka mengalami masalah kulit kering dan bersisik di seluruh tubuh badan.

Penduduk Orang Asli di kawasan itu memberitahu mereka tidak mengetahui tentang punca penyakit itu dan mendakwa masalah itu bukan disebabkan keturunan mereka.

Seorang penduduk Orang Asli Kuala Koh, Salim Ping, 32, berkata, dia mendapat penyakit kulit bersisik sejak berumur 14 tahun dan pada awalnya dia menyedari penyakit itu selepas kulitnya menjadi gatal dan mengelupas.

“Setiap malam kulit saya yang mengelupas itu mengalami gatal-gatal. Jika saya pulang dari hutan, tidak mandi dan berpeluh, mulalah kulit terasa gatal. Kira-kira 30 penduduk daripada 150 penduduk di Kampung Kuala Koh di sini turut mempunyai penyakit sama.

“Isteri saya, Rita Punai, 31, juga mengalami masalah kulit bersisik seperti saya. Bagaimanapun, dua orang anaknya yang berumur 12 tahun dan 6 tahun tidak mengalami masalah itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN