KOTA BHARU 12 Dis. – Masa depan tiga beradik berkemungkinan ‘gelap’ kerana tiada dokumen pengenalan diri. Masalah bermula sejak perkahwinan bapa, Mohd. Fauzi Hassan, 50, seorang peniaga buah dan sayur orang kurang upaya (OKU) dan ibu mereka, Anita Abdul Rahman, 41, seorang warga Indonesia di Yala, Thailand pada 2007. Mohd. Fauzi gagal mendaftarkan perkahwinan ekoran ketiadaan wang membayar denda RM400. Berikutan itu, sijil kelahiran mereka tidak diproses, biarpun dilahirkan di…