25,000 Penduduk bantah pembinaan rumah di Jalan Bukit - Utusan Malaysia

25,000 Penduduk bantah pembinaan rumah di Jalan Bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Sebanyak 25,000 penduduk Jalan Bukit hari ini mengemukakan bantahan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) bagi menggesa untuk menghentikan pembinaan projek perumahan PR1MA Kajang dan Boulevard 2 di sini.

Wakil penduduk, Muhammad Ikmal Muhammad Said, 35, berkata, pembinaan sebanyak 1,806 rumah jenis pangsapuri adalah terlalu banyak untuk ditampung di kawasan yang sempit itu.

“Pembinaan rumah tersebut telah menggangu kesejahteraan penduduk sekitar malah saya pasti setelah rumah itu siap keadaan trafik akan menjadi lebih teruk kerana dengan penambahan jumlah kenderaan yang akan melalui kawasan ini.

“Lebih mengejutkan penduduk di sekitar kawasan Jalan Bukit tidak dimaklumkan atau berbincang mengenai projek yang mempunyai kesan langsung terhadap kualiti kehidupan kami menetap di sini,” ujarnya selepas menyerahkan bantahan di menara MPKJ di sini hari ini.

Sebanyak 1,375 tanda tangan secara manual dan melalui talian dikumpul bagi menyatakan bantahan tersebut.

Seorang penduduk, Kao Chi Ping, 40, berkata, pihak atasan seperti tidak mahu mendengar luahan penduduk yang terpaksa melalui kawasan itu setiap hari berdepan kesesakkan lalu lintas yang teruk.

“MPKJ tidak mempunyai sebarang pelan nyata untuk menangani kesesakkan yang bakal dihadapi oleh kami malah tanggungjawab merancang dan menaik taraf Jalan Bukit seperti diserahkan sepenuhnya kepada pihak pemaju.

“Di kawasan yang terdapat tiga buah sekolah sepatutnya tidak boleh terlalu bising kerana ia akan menggangu pembelajaran murid-murid,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN