KOMUNITI. Seramai 250 peserta yang terdiri daripada sukarelawan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta penduduk Taman Dang Anum menjayakan program Gotong-royong Mega di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini. Pengarah program, Azizan Hamad berkata, program yang julung-julung kali diadakan itu berjaya membersihkan longkang, semak samun dan kawasan di sekitar Taman Dang Anum. “Aktiviti ini dapat membersihkan kawasan yang dikhuatiri boleh…










