GOMA, Congo 27 Dis. – Seramai 24 pesakit melarikan diri dari pusat rawatan Ebola di Beni setelah diserang penunjuk perasaan hari ini. Jurucakap Kementerian Kesihatan, Jessica Ilunga berkata, 17 daripada 24 pesakit tersebut telah diuji dengan keputusan negatif. “Tiga pesakit telah kembali ke pusat itu manakala pekerja kesihatan telah menghubungi 17 lagi untuk mengatur balik semula ke sana. “Baki empat lagi pesakit, kita sudah mempunyai alamat dan nombor telefon mereka,”…










