21 individu bakal didakwa berhubung Ops Sealfield  - Utusan Malaysia

21 individu bakal didakwa berhubung Ops Sealfield 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Seramai 21 individu akan didakwa setakat ini berhubung Ops Seafield selepas mendapat arahan kebenaran dari Pejabat Timbalan Pendakwa Raya. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, daripada jumlah tersebut seramai 13 telah didakwa sehingga hari ini.

Tambahnya, secara keseluruhan suspek didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 325 Kanun sama kerana mengakibatkan kecederaan parah. 

“Pendakwaan terhadap 21 suspek itu akan dilakukan secara berperingkat.

“Kebanyakan suspek tersebut merupakan kakitangan syarikat pemaju (One City Development Sdn. Bhd.) iaitu peguam dan pekerja mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau, menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Klang Utara yang baharu dari Asisten Komisioner Mazelan Paijan kepada Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh.

Mazlan menambah, berdasarkan kebenaran pertuduhan terhadap 21 individu itu didapati tiada dalam kalangan ahli politik. 

Jelas beliau, menerusi Ops Seafield yang dijalankan pihaknya telah berjaya menahan seramai 106 individu dengan membuka 61 kertas siasatan. 

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan, pihaknya masih belum merekodkan keterangan daripada anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim susulan menunggu keputusan terkini tahap kesihatannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×