KUALA TERENGGANU 2 Dis. – Kira-kira 20,000 rakyat negeri ini tanpa mengira fahaman parti politik dijangka menghadiri perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember depan. Ketua Penerangan Pas negeri, Mohd. Nor Hamzah berkata, himpunan bersejarah yang dianjurkan demi kepentingan dan kesatuan ummah serta daulah itu turut diramalkan akan mendapat penyertaan yang besar sebagaimana disasarkan. “Semua sekali tidak kira Pas atau UMNO…










