SHAH ALAM – Kira-kira 2,000 anak Sabah yang menetap di sekitar daerah ini menyerahkan borang keahlian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini. Penyerahan borang tersebut diwakili oleh Pengerusi Pertubuhan Kinabalu Bersatu, Adzmi KK Juatan kepada Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Abu Bakar Yahya. Menurut Abu Bakar, kesemua mereka bertindak menyertai Bersatu sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. “Pada majlis hari ini, saya telah menerima…










