20 terbunuh, tsunami landa Indonesia - Utusan Malaysia

20 terbunuh, tsunami landa Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera apabila tsunami melanda pantai di Selat Sunda dekat sini malam tadi.

Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB) berkata, bencana yang berlaku sekitar pukul 9.30 malam waktu tempatan itu dipercayai berpunca daripada kejadian letusan gunung berapi yang dikenali Anak Krakatau.

“20 orang terbunuh, manakala 165 lagi cedera, tiga lagi masih hilang di tiga daerah dan puluhan bangunan rosak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, kejadian tsunami tersebut dipercayai berpunca daripada gelongsoran plat bawah laut berikutan aktiviti air pasang besar dan letusan gunung berapi Anak Krakatau yang membentuk pulau kecil di Selat Sunda antara Jawa dan Sumatera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×