2 pemuda berdepan hukuman mati, diberkas bersama heroin - Utusan Malaysia

2 pemuda berdepan hukuman mati, diberkas bersama heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG 2 Dis. – Dua pemuda mungkin berdepan hukuman mati apabila diberkas bersama sejumlah dadah disyaki heroin dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sawa Kecil di sini, semalam.

Ketika serbuan pukul 12.10 tengah malam itu, kedua-duanya yang berusia 21 dan 28 tahun dan masih bujang serta berasal dari daerah ini sedang membungkus dadah tersebut.

Ketua Polis daerah, Deputi Supritenden Arriz Sham Hamezah berkata, keseluruhan dadah itu seberat 102 gram selain turut dijumpai wang tunai berjumlah RM563 serta peralatan membungkus seperti penimbang digital, gunting dan plastik.

Katanya, pemeriksaan mendapati kedua-duanya masing-masing mempunyai rekod kesalahan dadah manakala seorang lagi memiliki dua rekod jenayah.

“Ujian air kencing terhadap kedua-duanya didapati positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN