18,113 pemandu pelancong setakat Oktober - Utusan Malaysia

18,113 pemandu pelancong setakat Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah berjaya menghasilkan 18,113 pemandu pelancong setakat 31 Oktober lalu.

Menterinya, Mohammadin Ketapi berkata, daripada jumlah itu, 6,885 daripadanya merupakan pemandu pelancong berbahasa Mandarin, Kantonis sebanyak 894 orang dan 90 orang untuk berbahasa Hokkien.

Katanya, kementerian juga telah meluluskan 71 institut latihan pelancongan (ILP) bagi mengendalikan kursus pemandu pelancong dalam pelbagai bahasa.

“Di Sabah sahaja, terdapat 1,092 pemandu pelancong berbahasa Mandarin berlesen dan 109 lagi berbahasa Kantonis. 

“Bilangan ini mencukupi untuk menampung kehadiran pelancong dari China yang semakin meningkat,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Christina Liew Chin Jin (PH-Tawau) mengenai jumlah pemandu pelancong yang fasih berbahasa Mandarin bagi menampung peningkatan pelancong dari China. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN