KUALA TERENGGANU 16 Dis. – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini pagi ini meningkat kepada 163 orang daripada 45 keluarga berbanding 149 orang daripada 38 keluarga, petang semalam.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Lt. Kol (PA) Che Adam Abdul Rahman berkata, pusat pemindahan yang dibuka kekal sama iaitu di Kampung Sekayu, Pengkalan Ajal dan Kampung Peladan bagi daerah Hulu Terengganu manakala di Dungun ialah di surau Kampung Lama Besol, Bukit Besi.
Katanya, jumlah mangsa banjir paling ramai adalah di Hulu Terengganu iaitu 131 mangsa daripada 38 keluarga. – UTUSAN ONLINE










