KUALA LUMPUR 11 Dis. – Seramai 1,600 perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menghadiri Perhimpunan Agung kali kedua parti itu yang dijadualkan berlangsung pada 28 hingga 30 Disember ini. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu melibatkan sebanyak 135 bahagian di seluruh negara dengan 98 bahagian melibatkan sayap Srikandi manakala 115 pula adalah sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Menurutnya, perhimpunan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen…