16 RAMD rampas 48kg daun ketum di sempadan Padang Terap - Utusan Malaysia

16 RAMD rampas 48kg daun ketum di sempadan Padang Terap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 10 Dis. – Anggota Batalion Ke-16 Rejimen Askar Melayu Diraja (16 RAMD) berjaya merampas 48 kilogram daun ketum ketika melakukan rondaan di kawasan berhampiran batu sempadan 34, Malaysia-Thailand di Padang Terap dekat sini, semalam.

Panglima 6 Briged, Brig. Jen. Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, anggotanya itu cuba menahan kedua-dua lelaki itu tetapi mereka memecut laju sehingga menyebabkan dua buah guni yang dibawa terjatuh.

“Kedua-dua lelaki itu kemudian sempat meloloskan diri. Hasil pemeriksaan menemukan 48kg daun ketum yang telah dibungkus rapi, dianggarkan bernilai RM4,320,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah beliau, hasil rampasan diserahkan kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN