16 jahitan bergelut dengan penyamun - Utusan Malaysia

16 jahitan bergelut dengan penyamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Seorang warga emas terpaksa menerima 16 jahitan pada kepala akibat disamun tiga lelaki bersenjata di hadapan rumahnya di Taman Megah, Batu 9, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 2.50 pagi, wanita berusia 63 tahun itu dikatakan baru pulang makan malam bersama rakan-rakannya sebelum didatangi tiga lelaki menunggang dua buah motosikal serta bertopi keledar penuh.

Menurut anak lelaki mangsa yang enggan dikenali, ibunya diserang tiga lelaki dipercayai warga tempatan menggunakan sebilah parang sebaik keluar dari keretanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×