GEMBIRA. Seramai 15 orang pelajar yang tinggal di sekitar Seremban, Negeri Sembilan menyertai Bengkel Sehari Chef Cilik Siri 1/2018 anjuran Unit Pendidikan Kemahiran (PKEM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Seremban di Pusat Masakan Kemas Taman Paroi Jaya baru-baru ini.
Bengkel yang berlangsung selama sehari itu dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar daripada Kemas Seremban.
Resipi yang diajar pada bengkel itu ialah membuat donut. Peserta ditunjuk cara-cara membancuh adunan donut sehingga peringkat menghiasi.
Bengkel itu diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik-teknik memasak yang betul selain mengisi waktu lapang ketika cuti sekolah.










