135 bahagian dijangka sertai Perhimpunan Agung Bersatu kali ke-2 - Utusan Malaysia

135 bahagian dijangka sertai Perhimpunan Agung Bersatu kali ke-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA- Perwakilan daripada 135 bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di seluruh negara dijangka menyertai Perhimpunan Agung Bersatu kali ke-2 yang akan diadakan bermula 28 hingga 30 Disember depan.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah itu, perwakilan-perwakilan di 98 dan 115 bahagian masing-masing akan menyertai persidangan sayap Srikandi dan  Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

“Persidangan tersebut dianggap begitu penting memandangkan pertama kali diadakan selepas Bersatu menjadi rakan dalam Pakatan Harapan (PH) dan berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kami juga ingin menunjukkan komitmen Bersatu dalam menyokong prinsip penting Perlembagaan negara dengan menjelaskan kedudukan Melayu dan Bumiputera selain kedudukan Raja-raja, kaum lain serta soal bahasa,” katanya kepada pemberita di Yayasan Selangor di sini sebentar tadi.

Turut hadir Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya dan Ketua Penerangan Bersatu, Senator Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin.

Perhimpunan Agung Bersatu kali ke-2 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dijangka dihadiri kira-kira 1,600 perwakilan selain turut disertai wakil komponen PH, pihak kedutaan dan pelajar dalam serta luar negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN